Anda di halaman 1dari 5

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SILIBUS DAN JADUAL KULIAH


SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

HPA 104/3 - ETIKA DAN MASYARAKAT LESTARI

1. Pensyarah:

Butiran Pensyarah Pensyarah Pensyarah


(Penyelaras Kursus)
Nama: Dr. Suhaila Abdullah Dr. Aiza Maslan Dr. Mohd Syahmir Alias
E-mail: aila@usm.my aizamaslan@usm.my syahmir@usm.my
Bilik: No. 126, C20 No. 235, C24 No. C24

Butiran Pensyarah Pensyarah Pensyarah


Nama: Dr. Peter Gan Chong Beng Dr. Burhanuddin al-Helmy Dr. Shohana Hussin
E-mail: petergan@usm.my burhanuddin_baki@usm.my shohana@usm.my
Bilik: No.224, C24 No. C24 No. 020, C11

2. Sinopsis Kursus
Kursus ini menumpukan perbincangannya terhadap konsep, teori, dan aplikasi
etika dalam konteks pembentukan ciri-ciri teras masyarakat lestari. Konsep dan
teori tertentu dalam etika normatif akan dikaji dengan teliti. Bahagian etika
amalan atau aplikasi akan merentasi perubahan paradigma yang membentuk
pandangan semesta dan budaya masyarakat, serta cabaran beberapa isu etika
terkini.

1
3. Objektif Kursus
Di antara objektif kursus ini ialah:
(i) Memberi pelajar pengertian asas dalam pembentukan masyarakat lestari.

4. Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini pelajar akan:
(i) Mengenalpasti isu-isu berkaitan etika dalam pembinaan diri dan persiapan
bersepadu untuk dunia kerjaya.
(ii) Menganalisis persoalan etika dalam skop yang lebih luas dan dinamik
untuk membentuk kelestarian kehidupan dan perkhidmatan.
(iii) Menunjukkan kebolehan untuk mengamalkan sikap beretika di samping
mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

5. Rangka Kursus

Silibus Jam Pertemuan

Bil Topik Pengajaran Kuliah Tutorial

1 Pengenalan Etika dan Nilai. Tumpuan diberikan kepada definisi 2 jam 1 jam
nilai dalam etika; moral subjektivisme, relativisme dan
objektivisme.
2 Teori Etika: etika normatif. Tinjauan mengenai beberapa sistem 1 jam 1 jam
etika normatif seperti utilitarianisme, deontologi Kant, dan teori
keperibadian mulia. Kupasan dan perbincangan tentang teori
etika utilitarianisme.
3 Teori Etika: etika normatif (sambungan). Kupasan dan 1 jam 1 jam
perbincangan tentang etika deontologi Kant yang berdasarkan
hukum moral dan kewajipan. Perbezaan antara teori
deontologi Kant dan teori utilitarianisme.
4 Asas-asas pembentukan etika dan syarat-syarat pembentukan 2 jam 1 jam
masyarakat lestari.
5 Perspektif sejarah berkaitan bukti-bukti ketamadunan, 2 jam 1 jam
pengalaman serta cabaran-cabaran dalam pembentukan
masyarakat lestari.
6 Anjakan paradigma mengenai etika dan kelestarian dalam 2 jam 1 jam
pelbagai aliran pemikiran Timur, Barat dan Islam.
7 Faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya pertembungan dan 2 jam 1 jam
perubahan nilai dalam etika dan kesan-kesannya terhadap
masyarakat lestari.

2
8 Etika Dalam Budaya Kerja. Akan menghuraikan aspek etika 2 jam 1 jam
dalam budaya kerja yang membentuk kekuatan profesion dan
profesionalisme.
9 Etika Dalam Kepimpinan. Aspek etika dalam pembentukan 2 jam 1 jam
kepimpinan yang mampan berteraskan prinsip-prinsip keadilan,
amanah, kejujuran dan kualiti khusus dalam kepimpinan juga
akan diterangkan.
10 Hubungan antara etika dan perlindungan alam. Alasan-alasan 1 jam 1 jam
praktik tentang kepentingan (melindungi) alam sekitar akan
melibatkan kepentingan menjaga kehidupan manusia dan juga
generasi masa depan - oleh yang demikian alasan-alasan praktik
mesti melibatkan perkara dan isu etika. Dalam hal ini,
perlindungan alam sekitar akan merupakan suatu cara (means)
untuk mencapai suatu objektif (end); iaitu untuk menjamin
kepentingan manusia. Alam sekitar bukan dihargai kerana nilai
intrinksiknya.
11 Estetika dan perlindungan alam sekitar. Sikap yang menganggap 1 jam 1 jam
alam sekitar sebagai sesuatu yang indah (atau mempunyai ciri-
ciri nilai yang lain), dan mesti dihargai kerana nilai intrinsiknya.
Mengkaji bagaimana alam sekitar dapat menimbulkan perasaan
tertentu - dan perbezaan antara pendekatan moral dengan
pendekatan estetik terhadap alam sekitar.
12 Etika Dalam Ekonomi. Aspek ini akan menghuraikan pengaruh 2 jam 1 jam
etika untuk membentuk falsafah dan kaedah dalam amalan
operasi ekonomi supaya dapat mewujudkan iklim ekonomi yang
sihat untuk membentuk masyarakat lestari.
13 Etika Dalam Keluarga. Kupasan akan difokuskan untuk mengkaji 2 jam 1 jam
bagaimana etika menjadi asas dalam institusi keluarga untuk
membentuk masyarakat lestari.
14 Huraian mengenai kepentingan etika dalam institusi 2 jam 1 jam
kekeluargaan dan cabaran semasa.

Jumlah 24 jam 14 jam

6. Kaedah Pengajaran

2 jam kuliah dan 1 jam tutorial pada setiap minggu.

3
7. Masa dan Tempat Kuliah.

Kuliah Tutorial

Isnin : Jam 2.00 - 2.50 petang (SK2) [Tutorial bermula minggu ke-2:
Rabu : Jam 9.00 - 9.50 pagi (E48-B) Rabu 20/9/2017]

RABU : Jam 12.00 - 12.50 petang


Kumpulan Dr. Suhaila Abdullah – BT2
Kumpulan Dr. Aiza Maslan – BT3
Kumpulan Dr. Peter Gan Chong Beng – BT4
Kumpulan Dr. Burhanuddin al-Helmy – BT5
Kumpulan Dr. Shohana Hussin – BT6

RABU : Jam 5.00 – 5.50 petang


Kumpulan Dr. Mohd Syahmir Alias - BT1

Sila ambil perhatian:

Kegagalan menghadiri tutorial sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang


boleh diterima akan menyebabkan pelajar dihalang dari menduduki peperiksaan.

8. Penilaian Kursus : i) Kerja kursus 30%: a) Tugasan (Esei)- 20%


b) Pembentangan - 10%

ii) Peperiksaan Akhir 70%

9. Kerja Kursus

Setiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah tugasan (esei) sekitar 10


halaman kertas A4 serta bertaip selang satu baris setengah (1.5 line spacing)
dan membentang hasil kerja tersebut dalam tutorial mengikut giliran masing-
masing.

Tugasan adalah secara berkumpulan : Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang


pelajar.

4
10. Rujukan

Abdul Rahman Abdullah (1999), Falsafah Alam Semesta Di Nusantara, Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Fazlur Rahman (1982), Islam & Modernity, Transformation of An Intellectual


Tradition, Chicago & London: The University of Chicago Press.

Mohd. Nasir Omar (1992), Falsafah Etika, Perbandingan Pendekatan Islam dan
Barat, Kuala Lumpur: JAKIM, Cetakan Kedua.

Singer, Peter ed. (1995), A Companion to Ethics, Oxford: Blackwell Publishing


Co.

*****
AILA/ HPA104/3 SEM I 2017 2018

Anda mungkin juga menyukai