Anda di halaman 1dari 12

Bab 12 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

Oleh

Asmawi bin Abdullah


SMK Purun, Triang, Pahang
www.geografifizikal-purun.blogspot.com

Konsep El-Nino dan La-Nina


El-Nino
Merujuk kepada fenomena peningkatan suhu arus lautan khususnya arus Lautan Pasifik. Kesannya ia boleh mengubah pola tiupan angin timuran yang membawa hujan menjadi angin kering. Pembentukan pola tiupan angin lazim ini menyebabkan suhu setempat menjadi panas dan berlaku kemarau yang panjang. Mempunyai tiga bentuk iaitu lembut, sederhana dan kuat yang berlangsung dalam tiga fasa iaitu permulaan (on set), pematangan (mature) dan kemerosotan (decay).

La-Nina
Merujuk kepada kawasan yang sepatutnya kering akan mengalami keadaan udara lembap, hujan lebat, ribut taufan dan banjir. Berlaku pergerakan angin dari lautan yang lembap ke arah daratan yang berkelembapan rendah yang membawa hujan lebat.

Mekanisme Kejadian El-Nino dan La-Nina


Kawasan tropika (utara Australia dan Papua New Guinea) menerima pancaran matahari yang banyak pada bulan November hingga Disember dan membentuk kawasan tekanan rendah
.

Kesan Membentuk tiupan angin monsun timur laut dan monsun barat laut. Membentuk angin timuran yang kuat apabila pergerakan angin bertiup dari kawasan tekanan tinggi arah timur lautan pasifik (kawasan tekanan tinggi) ke arah barat lautan pasifik (kawasan tekanan rendah). Angin timuran membawa hujan lebat ke kawasan barat Lautan Pasifik (Asia Tenggara, Australia dan Papua New Guinea) Kawasan timur Lautan Pasifik (Barat Amerika Selatan serperti Equador, Peru dan Chile) mengalami kemarau.

Keadaan Normal

Lautan Pasifik Utara Asia Tenggara Kawasan Tekanan Udara Rendah Australia Angin Timuran Lautan Pasifik Selatan

Amerika Utara

Kawasan Tekanan Udara Tinggi Amerika Selatan

Angin Monsun Timur Laut Angin Monsun Barat Laut

Mekanisme Kejadian El-Nino dan La-Nina


Air Laut panas kerana peningkatan suhu global yang menyebabkan timur Lautan Pasifik mengalami tekanan rendah berbanding utara Australia dan Papua New Guinea yang mengalami tekanan tinggi yang lemah. Kesan Angin timuran menjadi lemah, manakala angin baratan lebih kuat. Kawasan barat Lautan Pasifik (Asia Tenggara, Australia dan Papua New Guinea) mengalami kemarau. Kawasan timur Lautan Pasifik (Amerika Selatan seperti Equador, Peru dan Chile) menerima hujan yang lebat.

Semasa El-Nino

Asia Tenggara

Amerika Utara

Angin Timuran
Angin Baratan

KEMARAU

Kawasan Tekanan Udara Tinggi yang Lemah Australia

Kawasan Tekanan Udara Rendah

Amerika Selatan

HUJAN LEBAT

Angin Monsun Timur Laut

Bagaimana Kuasa El-Nino Boleh Meningkat?


Berlaku apabila El-Nino bercantum dengan putaran selatan yang membentuk ElNino Southern Oscillation (ENSO).

ENSO berkait rapat dengan perubahan suhu permukaan laut (SST) dan keadaan atmosfera sehingga mampu mengubah haluan angin.
Hukum Boyle Apabila suhu permukaan laut meningkat, tekanan udara sekitarnya menjadi rendah. Keadaan ini menyebabkan angin akan bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.

Semasa ENSO, pola tiupan angin monsun timur laut berubah dari laut ke darat kepada darat ke laut.

Bagaimana Kuasa El-Nino Boleh Meningkat?


Kesan Kawasan Asia Tenggara akan mengalami cuaca yang panas dan kering. Pesisir pantai Borneo, Kepulauan Indonesia dan timur Semenanjung Malaysia tidak akan mengalami musim tengkujuh seperti kebiasaannya. Kawasan timur Lautan Pasifik ( Pasifik Utara seperti California dan Florida serta Pasifik Selatan seperti Peru, Equador, Chile dan Brazil) akan menerima hujan yang lebat, angin kencang dan banjir.

Kesan El-Nino
Kejadian kemarau Kekurangan air, imbangan air negatif apabila kadar sejatan melebihi kerpasan Kemusnahan ekosistem hutan Kemarau menyebabkan kebakaran hutan mudah berlaku Fenomena jerebu Udara kering dan kelembapan udara rendah serta kesan kebakaran hutan. Kemusnaham ekosistem akuatik Air laut panas menjejaskan pertumbuhan plankton yang boleh menjejaskan rantaian makanan

Kesan El-Nino
Kekurangan sumber makanan
Aktiviti pertanian terjejas hasil pertanian merosot Kesihatan terganggu Pencemaran dan gas beracun penyakit berkaitan sistem pernafasan Pengangkutan Jerebu menghadkan jarak penglihatan. Ekonomi terjejas Pelancongan, perikanan dan pertanian Krisis bekalan air Domestik dan perindustrian.

Kesan La-Nina

Hakisan pantai Pembentukan ombak yang besar

Tanah runtuh Hujan lebat akan melonggarkan struktur tanah.

Puting beliung Angin kencang yang bertiup dari lautan

Kesan La-Nina
Kehilangan nyawa
Banjir lumpur dan banjir kilat Kemusnahan harta benda Rumah, kenderaan, haiwan ternakan Ekonomi terjejas Tanaman pertanian ditenggelami banjir Wabak penyakit Kekurangan sumber air bersih Kemusnahan infrastruktur Jalan perhubungan, bekalan elektrik, telekomunikasi

Anda mungkin juga menyukai